Entri
tambahan 1 : Menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13. Bincangkan.
Pilihan Raya Umum Ke 13 semakin
hampir. Tarikh 5 Mei 2013 merupakan hari keramat sebagai penentuan pemerintah
bagi penggal seterusnya ini. Rakyat Malaysia yang layak mengundi di seru untuk
keluar mengundi pada tarikh yang jatuh pada hari ahad itu. Setiap parti mahu
pun calon bebas sudah bersiap sedia untuk bertanding, dengan penamaan calon
sudah pun dilakukan pada 20 April 2013.
Kepada mereka yang pertama kali
mengundi, atau pun yang sudah beberapa kali mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Malaysia telah menambahbaik cara pengundian kali ini. Sebagai pengundi, antara
panduan yang perlu pengundi tahu ialah pengundi perlu datang awal dengan
membawa pengenalan diri. Setelah menunjukkan dokumen pengenalan diri, pengundi
akan diberi nombor saluran mengundi dan dikehendaki untuk beratur menunggu
giliran. Kemudian bergerak ke Kerani Pengundian Pertama dan diperiksa sama ada
sudah mempunyai calitan atau belum. Setelah disemak dokumen pengenalan diri,
dakwat kekal akan dicalit di jari telunjuk pengundi oleh Kerani Pengundian
Kedua dan nombor siri, kad pengenalan, dan nama akan diteriak. Setelah
meneriak, Kerani Pengundian Ketiga akan memberikan kertas undi dan barulah
pengundi dibenarkan untuk mengundi.
Selain panduan yang perlu pegundi
tahu, pengundi juga perlu tahu larangan yang ditegah ketika di pusat mengundi.
Pengundi tidak dibenarkan memakai apa-apa yang mempunyai logo parti serta tidak
dibenarkan membuat bising. Selain itu, larangan juga dikenakan jika mengambil
masa yang terlalu lama untuk mengundi dan apatah lagi sekiranya pengundi
merosakkan kertas undi. Pengundi juga tidak dibenarkan untuk merayu undi, atau
merayau-rayau di dalam kawasan pusat mengundi setelah selesai mengundi.
Larangan paling keras adalah pengundi yang ingkar dan tidak mematuhi arahan
pegawai SPR atau mencetuskan ketegangan.
Begitulah
antara sebahagian panduan untuk pengundi ketika ingin menjalankan tanggungjawab
mereka pada 5 Mei 2013 ini. Seelok-eloknya, segala larangan yang dikenakan
haruslah dipatuhi, agar perkara yang tidak diingini tidak terjadi. Lebih manis
lagi apabila kemakmuran sebuah negara dapat dikekalkan dengan mengelakkan
daripada melakukan kekecohan. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,
tanggungjawab mengundi haruslah dilaksanakan dengan baik. Selamat mengundi
diucapkan kepada rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment