Entri 2 : Selain
ijazah dan ilmu-ilmu yang anda pelajari dalam tempoh pengajian di
universiti,
apakah kemahiran lain yang dapat memberi nilai tambah dalam usaha anda mempersiapkan diri memasuki alam
kerjaya.
Impian untuk melangkah ke universiti
adalah impian setiap insan. Berbagai-bagai tujuan bagi mereka yang berkeinginan
untuk melangkah ke menara gading ini. Antara faktor utama yang merangsang ramai
anak-anak muda ingin melangkah ke universiti adalah untuk dijadikan modal
memperoleh kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan selepas melepasi alam
universiti nanti. Pelbagai ilmu serta pengalaman boleh didapati dengan
melangkah ke universiti. Namun, adakah segala ilmu dan pengalaman yang ditimba
di universiti sudah cukup memadai untuk menempuhi ranjau alam kerjaya? Dengan
itu, amatlah penting bagi setiap mahasiswa untuk menggali serba sedikit ilmu
psikologi sebagai bekalan ke alam kerjaya kelak.
Dalam seharian bekerja, tidak dapat
dinafikan ketegangan atau tekanan akan sering menghantui mengganggu aktiviti
harian kita. Tekanan ini hadir melalui beberapa punca, contohnya bebanan kerja
yang terlalu banyak, masalah keluarga, masalah kesihatan dan lain-lain lagi.
Masalah ini perlu dikawal agar ia tidak mencacatkan prestasi kerja kita dalam
menjalankan tugas. Disinilah yang membezakan antara individu yang mempunyai
kelebihan psikologi atau tidak. Mereka yang mempunyai kelebihan psikologi ini
tidak akan mudah tewas dengan tekanan yang dialami. Sebagai insan biasa di bumi
Allah ini, mengalami tekanan adalah lumrah dalam kehidupan, tetapi adalah
penting untuk mengetahui cara mengawalnya dengan teratur dan berkesan.
Selain itu, jika seseorang siswazah
itu ingin menghadiri temuduga, penemuduga pastinya akan menyemak segala butiran
peribadi yang di lampirkan. Dengan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan,
tentunya peluang untuk melepasi temuduga tersebut adalah tinggi. Namun, jika
hanya bersandarkan keputusan peperiksaan yang cemerlang sebagai taruhan untuk
melepasi temuduga tersebut, sejujurnya satu kesilapan telah dilakukan. Penemuduga juga akan menguji sama ada kita
mempunyai kelebihan yang tidak dipunyai oleh calon lain seperti kemampuan anda
menangani masalah, membaca fikiran orang lain untuk merebut peluang, dan
kematangan dalam menyusun kata-kata.
Seandainya dibilang satu persatu,
berkemungkinan banyak lagi deretan ilmu yang perlu dipelajari dalam
mempersiapkan diri untuk menempuhi alam kerjaya. Bagaimanapun, serba sedikit
ilmu yang dinyatakan di atas ini pastinya diyakini boleh membantu mahasiswa
mahasiswi yang sudah berkira-kira untuk menempuhi alam kerjaya selepas ini.
No comments:
Post a Comment