Entri
1
: Kenal pasti suatu budaya bangsa lain yang boleh anda pelajari dan amalkan
dalam
hidup anda.
Menepati
Masa
Jepun merupakan sebuah negara yang
cukup hebat kemajuan teknologinya di dunia. Kemampuan teknologi tersebut mampu
menyaingi atau mendahului kehebatan teknologi negara-negara barat lain. Kehebatan
negara Jepun ini banyak disumbang oleh sikap rakyat mereka yang menepati masa.
Bayangkanlah, serangan nuklear yang menimpa bumi Hiroshima dan Nagasaki pada
1945, sudah cukup untuk melumpuhkan Jepun selama-lamanya. Namun mereka mampu
membangunkan negara sendiri dengan pantas. Ternyata amalan menepati masa mereka
amat memainkan peranan dalam mendisiplinkan rakyat membangunkan Jepun.
Budaya menepati masa ini sudah cukup
sinonim dengan negara Jepun. Contohnya seperti aktiviti harian mereka, iaitu
densya (kereta api) dan bas akan datang tepat pada masanya. Jika terlewat
seminit pun penumpang bolehlah mengucapkan sayonara (selamat tinggal) kerana
mereka amat menepati masa. Apatah lagi shinkanzen (kereta api laju) di Jepun
bergerak dengan kelajuan 580 kilometer sejam, maknanya jika terlewat seminit
pun penumpang akan tertinggal jauh.
Tambahan lagi, skop menepati masa
Jepun mencakupi skop yang luas. Tidak dinafikan lagi, menepati masa merupakan
elemen yang sangat penting dalam pelaksanaan sesuatu kerja. Jadi, secara
langsung negara yang mempunyai rakyat yang menepati masa, maka negara itu
berpeluang cerah untuk maju dengan pesat hasil komitmen rakyat yang cukup
berdisiplin. Dalam Islam sendiri pun sudah menyebut yang menepati masa ini
cukup penting seperti yang tercatat dalam Surah al-Asr. Malaysia sepatutnya
mencontohi negara Jepun dalam menerapkan budaya ini. Sedangkan mereka bukanlah
negara Islam, tetapi sudah mengamalkan tuntutan yang ada dalam al-Quran, inikan
pula Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.
Kesimpulannya, sudah tiba masanya
kita mengubah amalan hidup rakyat Malaysia yang sudah menjadi kebiasaannya
untuk melewat-lewatkan sesuatu pekerjaan. Rakyat Malaysia patut mencontohi
budaya menepati masa rakyat agar ;keharmonian dan kemajuan negara tercapai.
No comments:
Post a Comment